Pages

Monday, August 4, 2014

Surah Thaha ( 1 - 5 ) Ayat Pelembut Hati

Assalamualaikum wbt..
Surah yang baik di amalkan untuk melembutkan hati.

Aku selalu mengamalkan dgn niat utk melembutkan hati sendiri, hati orang sekeliling. 
Mudah2an mendapat hati yang lembut, mudah berbuat baik, beramal ibadat dan mendapat hati yg dekat dgn Pencipta kita. InsyaAllah.. 





Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Sejarah surah ni sebagai pelembut hati adalah apabila Saidina Umar yang sangat garang dan keras hatinya menjadi lembut hati apabila mendengar adiknya membaca surah ini. Lantas terbuka hatinya untuk memeluk Islam. sedangkan sebelumnya beliau sangat marah dgn baginda Rasulullah hingga ingin membunuh baginda Rasulullah yang menyebarkan agama Islam pada waktu itu. Setelah mendapat tahu adiknya sendiri telah memeluk Islam, Saidina Umar pergi ke rumah adik beliau, dan ketika itu beliau mendengar adiknya membaca al quran. 

Antara surah pelembut hati yang lain. :

1. Surah al fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Surah Hasyur ayat 21 - 24. (lauu anzalna.. )
4. Surah Fussilat ayat 29
5. Surah Ali Imran ayat 200
6. Surah al Baqarah ayat 165



Subhanallah.. Semoga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment